09 February 2010

Bulan Februari.....

Asslamualaikum....

Opps...lupa nak beritahu....salah seorang kakitangan KEMAS Labis telah selamat
melahirkan baby boy yang sungguh cute pada bulan januari yang lepas...tahniah...

Tahun Baru 2010 Sudah MenJelma...............

Assalammualaikum semua..........

Apa khabar????Ahlan Wasahlan?? Arigato Gozaimasu??
Bila sebut tahun baru 2010, terasa diri memang dah makin tua....usia makin bertambah dari sehari ke sehari.Kulit dah makin berkedut..uban makin bertambah...mata dah mula tak nampak...telinga dah mula tak mendengar.....Masyaalah....semuanya bertambah dalam sekelip mata..

Bila kita jejakkan kaki ke tahun 2010, dah terakam di dalam minda apa agaknya yang berlaku sepanjang tahun ini.........mungkin yang baik atau mungkin yang tak baik...tapi harap2 yang baiklah..

NAk tahu apa azam KEMAS Labis tahun ni.....ermm...mestilah nak capai kualiti kerja yang baik...bukan kualiti kerja saja tau, kualiti masa juga kualiti diri yang paling penting......HArap2 semuanya akan tercapai....Insyaallah..Amin.

15 July 2009

Hari Potensi KEMAS Labis berjalan lancar





LABIS 7 Mei- Hari Potensi kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Labis berjaya
dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang.Program yang bermula pada pukul 08.00 pagi itu mengumpulkan hampir 500 orang termasuk kanak-kanak tabika.

Penyelia Kanan KEMAS Labis, Puan Miskinah Bte Turat yang ditemui berkata,
kanak-kanak tabika KEMAS sememangnya berbakat samaada dari segi fizikal mahupun dari segi akademik. Apatah lagi, bakat kanak-kanak tersebut dicungkil hasil daripada aktiviti-aktiviti KEMAS.

Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika melibatkan empat aktiviti sukan iaitu bola jaring, galah panjang , futsal dan rounders.Program ini dirasmikan oleh Penyelia
Kanan KEMAS KAwasan Labis, Puan Miskinah Bte Turat.

Program ini diadaakn di Padang Dewan Majlis Daerah Labis ini berakhir pada
jam 02.00 petang.

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Pakej 2





Labis 25 Jun- Bengkel Kemahiran Keibubapaan Pakej 2 telah dijayakan dengan lancarnya di
Tabika KEMAS Kg Bukit Mambai dengan dihadiri oleh Ahli JAwatankuasa dan ibubapa
kanak-kanak yang dianggarkan seramai 30 orang.
Pengerusi Tabika, Encik Rahim Bin Isman berkata, bengkel yang telah dilaksanakan
ini berjaya menanamkan sifat kerjasama di kalangan ibubapa serta memberi kesedaran
tentang kepentingan kesihatan kepada manusia.
Aktiviti-aktiviti yang dijayakan di dalam bengkel ini ialah seisi ceramah yang disampaikan
oleh PM Tabika Felda Tenang, Slot Aktiviti Berkumpulan(Pemainan Doh, Kolaj dan Cut& Paste)
oleh semua ibubapa , Nyanyian Lagu Kanak-Kanak bersama ibu bapa dan Demonstrasi Masakan.
Program ini bermula pada pukul 03.00 petang dan berakhir tepat jam 05.30 petang. Majlis
ini turut diserikan dengan kehadiran Penyelia Pendidikan Masyarakat, Puan Wan Nurulhuda
Bte Wan Ismail.

Koleksi gambar Pejabat KEMAS Labis






Pejabat KEMAS Labis beroperasi di Jalan Muar, Labis pada tahun 2000. Pada asalnya, KEMAS Labis telah berkongsi pejabat bersama dengan
Pejabat KEMAS Sekijang tetapi atas sebab persempadanan semula,
KEMAS Negeri Johor telah mencadangkan agar Pejabat KEMAS Labis
berpindah di kawasan Labis sendiri... Oleh sebab ketiadaan tanah,
maka Pejabat KEMAS Labis telah ditempatkan di Pusat Pertumbuhan
Kanak-Kanak(PPAK/PEKA) dan memulakan operasinya di situ sehingga
sekarang... Kawasan PEKA ini juga turut menempatkan tabika, taska dan
pusat sumber.

13 July 2009

Selamat Datang ke KEMAS Labis

Assalammualaikum.......

Selamat datang ke Blog Pejabat KEMAS Labis....
Di sini anda boleh saksikan apa-apa program yang kami laksanakan.
Dan anda juga boleh mengenali kakitangan pejabat kami yang terdiri daripada 43 orang.
Sekiranya anda meminati program-program yang kami anjurkan, bolehlah telefon pejabat kami pada
waktu bekerja di talian 07-9256776.
Anda juga boleh berikan komen-komen anda dalam blog ini untuk kami perbaiki kesalahan-kesalahan
yang disengajakan atau tidak disengajakan.
Sekian terima kasih.
Semoga Terhibur..............